Adik Hafizzah merupakan pelajar tingkatan 3 di Smk Matu yang juga ahli Pusat Internet Kuala Matu yang paling aktif. Tinggal di asrama tidak menghalangnya untuk terus aktif sekiranya ada masa lapang waktu cuti sekolah. Dia bersama rakan-rakannya melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan dengan subjek di sekolah mereka.

 

Latar belakang

Adik Hafizzah menggunakan Pusat Internet sebagai medium untuk mencari maklumat dan pengetahuan yang diperlukan di mana sebelum ini sukar untuk mereka mendapatkan maklumat dan tidak tahu cara untuk menggunakan PC dan laptop.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM 

Ilmu tentang ICT masih rendah dan takut untuk menggunakannya dan sentuh mouse masih kaku dan takut. Selain itu tidak tahu untuk mencari maklumat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas adanya PIM Kg. Hilir Kuala Matu, mereka berpeluang untuk mempelajari cara menggunakan komputer dan diberi latihan setiap minggu. Adik hafizzah turut menghadiri kelas yang diadakan oleh Petugas PiM Kuala Matu untuk meningkatkan ilmu dan kesedaran dalam dunia ICT. Dia selalu mengikuti kelas klik dengan bijak dan kelas computer yang diadakan setiap minggu.

Apa yang dipelajari melalui PIM

-       Mempelajari carian google untuk mencari maklumat dalam internet.

-       Belajar menaip, penggunaan ict dengan betul dan belajar mewarna menggunakan komputer.

-       Menghadiri kelas KLik Dengan Bijak untuk menjadi pengguna internet yang berilmu dan penggunaan internet dengan selamat.

-       Mengedit gambar dengan menggunakan software paint

Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PIM

Petugas PIM Kg. Hilir Kuala Matu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dengan mengadakan kelas ilmu

ICT, computer  dan Klik dengan bijak. Ini sangat membantu saya untuk menambah ilmu dan meningkatkan pegetahuan saya

dalam dunia ICT supaya sentiasa berhati-hati ketika melayari internet terutama berita yang tidak benar kerana membawa

padah. Harapan saya agar PiM dapat melaksanakan banyak lagi aktiviti berbentuk ICT untuk pelajar seperti saya.