Klinik Kesihatan Kuala Matu telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1993. Klinik kesihatan ini pada awalnya mempunyai seorang Pembantu Perubatan dan seorang Jururawat Masyarakat (JM). Kini, klinik kesihatan kuala matu mempunyai lima orang kakitangan iaitu seorang penolong pegawai perubatan, dua orang JM, seorang attendan dan seorang pemandu ambulans. Ia terletak di muara Sungai Matu, 10 kilometer dari Pekan Matu. Perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan ibu mengandung, pemeriksaan bayi dan kanak-kanak, pemeriksaan pesakit luar dan perancang keluarga. Selain itu, bayaran pendaftaran sebanyak RM1.00 akan dikenakan kepada pesakit luar atas perkhidmatan yang disediakan.