KAMPUNG HILIR KUALA MATU
LOKASI
Peta Sarawak yang menunjukkan daerah Matu yang menghadap Laut China Selatan.
Matu dikenali sebagai Daerah Matu-Daro iaitu gabungan Matu dan Daro yang membentuk sebuah daerah. Pada dahulunya, daerah ini adalah di bawah naungan bahagian Sarikei dan pada Mac 2002 telah berpindah pentadbiranya di bawah tadbir bahagian Mukah setelah Mukah menjadi sebuah kawasan baru pada tahun tersebut.
Matu pula mempunyai keluasa 667.28 km persegi dan mempunyai beberapa kampung kecil antaranya ialah Kampung Hilir Kuala Matu. Kampung Hilir Kuala Matu juga sinonim dengan gelaran ‘kampung nelayan’ kerana sumber pendapatn utama adalah hail laut. Menurut penduduk sekitar yang pernah berkunjung ke sini, selain hasil laut yang msih segar harga juga amat murah dari harga pasaran. Maka tidak hairanlah setiap kali musim udang dan ikan, Kampung Hilir Kuala Matu menjadi tumpuan para penggemar makanan laut.
Jarak Kampung Hilir Kuala Matu ke pekan Matu mengambil masa 15 minit menggunakan kenderaan dan untuk ke bandar Sibu pula mengambil masa 2 jam 30 minit menggunakan kenderaan darat. Jika mengguna kan bot mengambil masa 3jam untuk sampai di terminal bot Daro.
Secara umumnya kaum Melanau merupakan majority yang tinggal disini dan bahasa ibunda ialah bahasa Melanau Matu. Walaupun Melanau adalah satu kaum yang sama tetapi dari segi bahasa melanau mempunyai dialeknya tersendiri,lain tempat lain dialeknya.
Dari segi pekerjaannya pula, majoriti penduduk Kg Hilir Kuala Matu adalah nelayan. Ini kerana pecahan nelayan adalah 65% , di ikuti 20% petani yang mengusahakan sawah padi,dan tanaman secara kecil kecilan. Seterusnya 5 % adalah dari sektor kerajaan dan selebihnya bekerja di lain-lain bidang. Berikut adalah kampung sekitar dan populasi penduduk KG Hilir Kuala Matu :
Kawasan sekitar:
- Kg Kuala Matu Hulu
- Kg Kecil Cina (kg hulu)
- Kg Pergau
- Kg Loba Balu
- Kg Bruan Mapal/Tutus
- Kg Halud
- Kg Sok
Populasi penduduk kg hilir kuala matu (mengikut umur )
Umur |
Maklumat |
65 & keatas |
96 orang |
41-64 tahun |
246 orang |
20-40 tahun |
428 orang |
13- 19 tahun |
291 orang |
12 tahun dan kebawah |
190 orang |
JUMLAH PENDUDUK : 799 orang |
Pecahan mengikut bangsa :
Bangsa |
Bilangan |
Peratus |
Melanau |
724 orang |
90 % |
Cina |
59 orang |
7% |
Melayu |
10 orang |
2 % |
Iban |
6 orang |
1 % |
AHLI POLITIK
Ahli parlimen (P 207 IGAN)
Nama |
Y.B. Ahmad Johnie Bin Zawawi |
Jawatan dalam Kabinet |
Tiada |
Parti |
PBB |
Tempat Duduk |
- |
Parlimen |
P207 |
Kawasan |
Igan |
Negeri |
Sarawak |
No. Telefon |
082-421099 |
No. Faks |
082-421 399 |
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Alamat Surat-menyurat |
Alunan Jujur Sdn Bhd, 2nd Floor, Lot 379, Lorong 6,KTLD, Jln Nenas, 93400 Kuching Sarawak |
(Sumber : http://www.parlimen.gov.my/index.php)
Yang Berhormat Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya
ADUN N44 JEMORENG
Dr. Juanda merupakan pegawai agama S48 secara kontrak dan juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak. Beliau mulanya berkhidmat dengan HIKMAH kemudiannya dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41. Kemudian beliau meletak jawatan S41 di JAIS untuk mengambil satu lagi jawatan yang lebih tinggi iaitu S48 secara kontrak dengan JAIS. Beliau dipinjamkan ke Pejabat Mufti, tetapi beliau BUKAN TIMBALAN MUFTI kerana jawatan timbalan mufti tidak wujud. Pada 27 Januari 2009, beliau dilantik menjadi MuftiPerlis menggantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menamatkan kontraknya pada 11 November 2008, menamatkan spekulasi 'kerusi' Mufti Perlis selepas kosong hampir dua bulan.Menurut Menteri BesarPerlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Dr. Juanda dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun. Akan tetapi menurut Dr. Juanda sendiri, Kerajaan Sarawak membenarkan beliau berkhidmat di Perlis selama tiga tahun iaitu sehingga Februari 2012.Dan kini beliau telah menyandang kerusi ADUN Jemoreng mengantikan tempat YB Abu Seman Bin Jahwie.
sumber :https://ms.wikipedia.org/wiki/Juanda_Jaya