Seperti daerah-daerah lain, Matu juga mempunyai sejarah dan latar belakangnya tersendiri. Lingkungan tahun 1930-an, Matu merupakan sebuah perkampungan kecil yang merangkumi Kampung Kuala Matu, Kampung Sekaan, Kampung Jamoreng dan Kampung Tian. Pertambahan bilangan penduduk di perkampungan kecil itu meningkat pada tahun 1940-an iaitu lebih kurang seramai 3,000 orang. Ketika itu, Matu ditadbir oleh Muara Rejang termasuklah Daerah Sarikei dan Daro. Dalam dialek tempatan, Matu disebut sebagai ‘Matau’atau ‘Mato’yang merujuk kepada nama pokok Matau yang banyak terdapat di sekitar kawasan tersebut. Sebelum menjadi sebuah penempatan, kawasan Matu banyak ditumbuhi pokok-pokok tersebut dan akhirnya ia menjadi pencetus ilham penubuhan kawasan ini.  Ia menjadi perkataan kuala matu pula kerana kampung yang terletak di kuala sungai, dan di situlah wujudnya Kampung Kuala matu.

 

Sumber : (Perpustakaan Desa Kuala Matu, 96200 Daro Sarawak, Sarawak.)