Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Klinik Kesihatan Kuala Matu telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1993. Klinik kesihatan ini pada awalnya mempunyai seorang Pembantu Perubatan dan seorang Jururawat Masyarakat (JM). Kini, klinik kesihatan kuala matu mempunyai lima orang kakitangan iaitu seorang penolong pegawai perubatan, dua orang JM, seorang attendan dan seorang pemandu ambulans. Ia terletak di muara Sungai Matu, 10 kilometer dari Pekan Matu. Perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan ibu mengandung, pemeriksaan bayi dan kanak-kanak, pemeriksaan pesakit luar dan perancang keluarga. Selain itu, bayaran pendaftaran sebanyak RM1.00 akan dikenakan kepada pesakit luar atas perkhidmatan yang disediakan.