Bilik Guru Sk Kuala Matu

Sk Kuala Matu

SK Kuala Matu dibina dalam tahun 1957 dan mula beroperasisepenuhnya pada tahun 1958. Pada mulanya SK Kuala Matu dikenali dengan nama Chinese Malay Combined School. Bangunan sekolah ini dibina secara gotong-royong setelah dipersetujui oleh dua kaum utama penduduk kampung iaitu kaum Melanau dan kaum Cina. Sekolah ini terletak lebih kurang satu batu dari Kampung Hilir dan setengah batu dari Kampung Hulu Kuala Matu. Ia turut dibekalkan dengan asrama untuk memenuhi keperluan murid-murid dari kampung yang berhampiran. Guru besar sekolah SK Kuala Matu encik En.Rolahi Bin Haji Shah merasa bangga dengan kejayaan sekolah ini kerana mendapat sokongan dan kerjasama antara pihak guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, masyarakat setempat dan murid-murid sekolah itu sendiri.

Blok Makmal SK Kuala Matu