PANTAI KUALA MATU

Pantai Kuala Matu terletak di kampung Hilir Kuala Matu salah satu tempat tarikan pengunjung sekiltar. Setiap hujung minggu ramai pengunjung akan membawa keluarga ke sini untuk beriadah dan bersantai.  Setiap hujung minggu gerai penjaja buka untuk pengunjung yang datang
"JUM LABIK,RAUN KALAH TELO" 

RUMAH PANJANG MELANAU

Rumah panjang sering dikaitkan dengan masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak.

Bagaimanapun, rumah panjang Melanau yang masih wujud sehingga ke hari ini di Kampung Sok, Matu, membuktikan ia bukan hanya dimiliki tiga kumpulan etnik Dayak.

Di Kampung Budaya Sarawak, Kuching, identiti kaum Melanau cuma ditonjolkan menerusi pembinaan rumah tinggi dengan tiang sebesar satu pemeluk.

Tetapi rumah panjang Melanau di Kampung Sok membuktikan kaum itu telah memiliki rumah panjang yang dibina pada tahun 1872.

Bermula dengan empat pintu atau empat bilik, rumah itu diperbesarkan kepada 26 pintu pada tahun 1888.

Pada asalnya, struktur asas rumah panjang itu diperbuat daripada kayu belian dan atapnya pula menggunakan daun pokok sagu.

'SELAMAT LABIK TUGUN LEBUK LALO KAMPUNG SOK"



Sub-kategori